Kerajaan kini memperuntukan sejumlah RM40 bilion pada kemudahan pinjaman dan jaminan pembiayaan perniagaan bersama agensinya – buat akses sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) bersama kumpulan usahawan.
Menerusi dana sokongan tersebut, ia secara langsung akan membantu meningkatkan ekosistem PMKS negara khususnya pada tumpuan digital, peralihan tenaga serta keterjaminan makanan.
Sebagai perincian, dana ini merangkumi pinjaman mikro sehingga RM3.2 bilion libatkan sokongan TEKUN dan BSN – disusuli dana RM6.4 bilion oleh Bank Pembangunan Malaysia dan dana sehingga RM20 bilion pula menerusi Skim Jaminan oleh Kerajaan Persekutuan.