Dalam mengalakkan aktiviti kitar semula sisa makanan di rumah yang boleh dijadikan baja organik – Kerajaan kini bercadang memberi pelepasan cukai pendapatan kepada individu yang membeli mesin kompos sisa makanan domestik.
Cadangan itu dimaklumkan meliputi had pelepasan kekal pada RM2,500. Buat pengetahuan umum, pelepasan yang sama turut diberkan pada kemudahan pengecasan kenderaan elektrik (EV) sebelum ini.
Tuntutan pelepasan tersebut diperincikan boleh dilaksnakan sekali dalam tempoh 3 tahun taksiran. Secara menyeluruh, aturan ini akan mula dikuatkuasakan pada tahun taksiran 2025 sehingga 2027.