Seiring dengan penguatkuasaan e-invois secara menyeluruh menjelang 1 Julai 2025 kelak – Kerajaan pada sidang Belanjawan 2025 memaklumkan akan memberi elaun modal secara tahunan berkadar 40% berbanding penetapan semasa sekitar 20%.
Pemberian elaun ini meliput caj perundingan, pelesenan dan bayaran sampingan yang berkaitan, dalam usaha peniaga untuk membangunkan perisian komputer khusus bagi tindakan e-invois.
Selain itu, penawaran elaun modal permulaan berkadar 20% turut dicadangkan diberi kepada peniaga yang laksana pembelian peralatan teknologi dan pakej perisian komputer. Langkah ini dimaklumkan akan mula dikuatkuasakan mulai tahun taksiran 2024 sehingga 2025.
