Artikel

Belanjawan 2025: Majikan Raih 50% Potongan Cukai – Jika Ambil Wanita Kembali Bekerja

Dikala meluaskan peluang buat kumpulan wanita dalam sektor ekonomi, Kerajaan turut beranggapan majikan harus meraih manfaat disebalik usaha tersebut. Justeri itu, Kerajaan kini memaklumkan majikan akan meraih 50% potongan cukai, jika mereka mengambil wanita untuk kembali bekerja.

Usaha ini secara langsung memberi pulang kepada kedua pihak, di samping merancakkan lagi ekonomi dengan pertambahan sumbangan kepada daripada kumpulan pekerja wanita.

Menerusi cadangan itu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim menjelaskan potongan cukai tambahan tersebut akan diberi bagi penggajian yang dibayar selama 12 bulan sahaja. Ini bermakna jika tempoh pemberian gaji masih di bawah setahun – maka faedah 50% potongan cukai tersebut tidak dapat dinikmati.