Usaha negara dalam memperkasakan penyertaan wanita dalam sektor ekonomi kini terus digandakan – ini termasuklah pemerkasaan wanita dalam kalangan lembaga pengarah pada syarikat senaraian awam di Bursa Malaysia.
Jelas Perdana Menteri Anwar Ibrahim, setakat ini dalam 100 syarikat senaraian awam – didapati Malaysia telah mencapai 32.2% kadar penglibatan wanita pada matlamat tersebut.
Namun aturan ini masih belum dipenuhi oleh 39 syarikat senaraian awam semasa pada status lembaga pengarah mereka. Susulan itu, pada pembentangan bajet kali ini Kerajaan menyeru semua pihak yang berkaitan untuk mencapai sasaran itu sebelum akhir 2027 kelak.