Artikel

Belanjawan 2025: Kementerian Kesihatan Terima RM45.3 Bilion – Dana Kedua Tertinggi

Dalam membangunkan prestasi ekonomi negara, sektor kesihatan memainkan peranan penting dalam menyediakan perkhidmatan yang terbaik terhadap rakyat negara. Menyedari kepentingan itu, Kerajaan kini terus perluaskan dana peruntukan ke atas Kementerian Kesihatan (KKM) – dengan jumlah dana RM45.3 bilion.

Peruntukan ini untuk makluman, menjadi dana kedua tertinggi dalam agihan bajet kementerian negara.

Menerusi dana tersebut diperincikan – ia akan meningkatkan prasarana kesihatan dengan jumlah RM1.35 bilion, diikuti naik taraf pusat perubatan awam diseluruh negara. Di mana peruntukan tersebut dinaikan kepada RM300 juta pada tahun hadapan.

Langkah itu secara langsung akan membantu para petugas kesihatan mendepani kapasiti jumlah pesakit yang dianggarkan alami peningkatan. Penampungan tersebut seiring dengan peningkatan populasi negara yang ketika ini dianggarkan mencapai sekitar 34.1 juta.