Isu tekanan kos terus menghimpit rakyat negara walaupun prestasi ekonomi bersama kadar pengangguran dilihat kian memulih. Maka untuk menangani isu tersebut, kerajaan kini bersetuju untuk menaikkan kadar gaji minimum kepada RM1,700 berbanding sebelum ini RM1,500.
Kenaikan paras gaji minimum ini akan dilaksanakan mulai 1 Februari 2025 kelak.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim memaklumkan, penangguhan tindakan itu hanya akan diberi kepada majikan yang miliki kurang daripada 5 pekerja sahaja bagi tempoh 6 bulan – berkuat kuasa pada 1 Ogos 2025.
Difahamkan satu garis panduan gaji permulaan bagi semua sektor akan disediakan oleh Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) buat rujukan semua pekerja di pasaran Malaysia.