Selain memastikan hak pengguna serta tahap keselamatan terus dilindungi, Kerajaan kelak akan membentangkan Rang Undang-Undang Kredit Pengguna pada sidang mesyuarat hadapan.
Aturan ini melibatkan tabiat pengguna dalam akses BNPL iaitu Beli Sekarang Bayar Kemudian.
Menurut Perdana Menteri Anwar Ibrahim, sebuah Lembaga Pemantauan Kredit Pengguna akan ditubuhkan kelak bagi mengawalselia selain penyedia BNPL turut meliputi penyedia kredit bukan bank dan penyedia perkhidmatan kredit seperti syarikat pemfaktoran, pemajakan bukan bank.
Pemerkasaan isu ini, adalah tindakbalas pentadbiran akan kebimbangan risiko hutang yang dijangka akan terus menghantui para pengguna negara. Khususnya buat kumpulan rakyat yang memiliki kemampuan terhad.