Artikel

Belanjawan 2025: Subsidi Pendidikan Ke Atas Orang Maha Kaya, Disasar Dikurangkan – Secara Berperingkat

Ternyata ketika ini didapati terdapat 30% murid dari sekolah berasrama penuh (SBP) adalah kalangan dari keluarga berpendapatan tinggi. Situasi ini secara jelas telah menyimpang kepada matlamat asal penubuhan institusi untuk membantu pelajar dari kategori pendapatan rendah dan kawasan pendalaman.

Meneliti hal itu, Kerajaan kini menyasarkan untuk mengurangkan subsidi pendidikan ke atas murid dari golongan berpendapatan 15% teratas (T15) secara berkala. Kutipan ini dijangka dapat digunakan pada penambahbaikan prasarana SBP serta institut pengajian tinggi awam (IPTA).

Tidak hanya pendidikan, Kerajaan juga bercadang untuk menuntut golongan pendapatan tinggi menyumbang kepada perkhidmatan di sektor kesihatan awam negara. Menerusi sokongan itu ia dijangka dapat membantu membiaya peralatan perubahan dan menaik taraf fasiliti kesihatan buat golongan yang memerlukan.