Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada pembentangan sidang bajet petang ini, memaklumkan bagi menambah hasil dan meluaskan asas percukaian – maka prluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) akan diterapkan pada pasaran negara.
Sebagai perincian, perluasan cukai jualan ini tidak akan dikenakan keatas barangan makanan asas – yang digunakan oleh rakyat. Tetapi akan dikenakan ke atas barangan premium seperti makanan misalnya ikan salmon dan avocado.
Ini sekaligus memberi cerminan, kumpulan pendapatan tinggi (T20) akan berdepan peningkatan kos hasil perbelanjaan akan barangan tersebut. Tidak hanya skop cukai perkhidmatan pula akan diperluaskan kepada perkhidmatan komersial seperti perkhidmatan kewangan berasaskan fi.
Di mana perluasan skop SST tersebut akan dilaksanakan mulai 1 Mei 2025 kelak. Dimaklumkan sebahagian hasil akan dimanfaatkan untuk bantuan tunai kepada rakyat.