Artikel

Belanjawan 2025: Malaysia Sedia Peruntukan Paling Besar – Berjumlah RM421 Bilion

Malaysia sekali lagi terus melakar sejarah dengan menyediakan peruntukan bajet terbesar  pada tahun 2025 dengan jumlah Belanjawan 2025 sebanyak RM421 bilion.

Untuk makluman, peruntukan ini menjadi bajet tahun ke-5 yang tertinggi pernah dilaksanakan negara bagi rancangan hala tuju pembangunan untuk tahun baharu. Mengikut perkongsian Perdana Menteri Anwar Ibrahim merangkap Menteri Kewangan (MOF) pada sidang petang ini, peruntukan sedemikian adalah tindak balas negara untuk memenuhi keperluan rakyat di samping meluaskan lagi usaha pentadbiran dalam pembangunan negara.

Berasaskan tiga teras utama iaitu membugar ekonomi, menjana perubahan dan mensejahtera rakyat – ini pecahan pada peruntukan kali ini:

  • Perbelanjaan Mengurus sebanyak RM335 bilion
  • Perbelanjaan Pembangunan sebanyak RM86 bilion

Sebagai perbandingan jumlah peruntukan tahun sebelumnya pula, ini data bajet dari tahun 2021 sehingga 2024;

  • 2021 dengan jumlah RM322.5 bilion
  • 2022 dengan jumlah RM332.1 bilion
  • 2023 dengan jumlah RM388.1 bilion
  • 2024 dengan jumlah RM393.8 bilion