Ringgit pagi ini dibuka tinggi sedikit apabila memaparkan pengukuhan kepada 4.3050/3250 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) daripada 4.3075/3105 semalam. Angka ni menurut analisis Bank Muamalat didorong prospek peniaga yang menjangkakan mata wang tempatan akan diniagakan secara mendatar susulan tumpuan kepada sasaran defisit fiskal tahun hadapan.
Tidak hanya itu, aspek lain yang turut menjadi tumpuan pada pasaran hari ini adalah sidang pembentangan Belanjawan 2025 yang akan diadakan pada jam 4 petang ini – di mana pengamatan akan diberikan kepada langkah selanjutnya kerajaan bagi menyokong aliran ekonomi pada tahun 2025.
Berbalik kepada nilai mata wang tempatan – setakat ini sesi pembukaan memperlihatkan Ringgit lebih tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama. Antaranya meningkat berbanding Euro kepada 4.6615/6831, diikuti naik berbanding Yen Jepun kepada 2.8673/8808.
Selanjutnya mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.2758/2912, naik berbanding Baht Thailand kepada 12.9614/13.0326, lebih tinggi berbanding Rupiah Indonesia kepada 277.5/279.0 dan tidak berubah berbanding Peso Filipina kepada 7.44/7.48.