Artikel

5 Negara Asia Tenggara, Termasuk Malaysia – Setuju Kongsi Data Keselamatan Penerbangan

Bagi mengukuhkan lagi perlindungan perjalanan udara – lima buah negara Asia Tenggara hari ini telah memaklumkan persetujuan untuk berkongsi data serta maklumat berhubung penerbangan.

Kesepakatan Memorandum Persefahaman (MoU) ini untuk pengetahuan umum, melibatkan Malaysia, Filipina, Singapura, Indonesia dan Thailand. Di mana kebersamaan itu dimaklumkan akan dilancarkan pada akhir tahun ini.

Berdasarkan makluman TheStar menerusi laporan AFP, inisiatif ini telahpun dibentuk sejak tahun 2023 namun susulan memerlukan sedikit masa buat kumpulan negara yang terlibat untuk mencapai keputusan bersama maka ia mengalami penangguhan pelaksanaan. Cadangan itu perlu diteliti dan disemak protokolnya bagi mengawal kerahsiaan data.

Mengikut perincian lanjut, terdapat 7 kategori awal akan dikongsikan meliputi amaran pelanggaran, sisihan daripada ketinggian yang dilaraskan oleh trafik udara serta pengaktifan sistem amaran di darat. Tidak hanya itu, laporan pergolakan udara yang teruk, pergerakan burung fan pengangkutan barang berisiko juga turut akan dikongsikan.

Pada pengamatan data, dimaklumkan pihak berkuasa penerbangan awam Thailand akan bertindak selaku pelindung data dan diikuti Singapura akan menjadi pihak penganalisis data.