Seiring dengan peningkatan pemilikan kenderaan elektrik (EV) kalangan pengguna negara, Perbadanan Putrajaya kini meletakkan sasaran untuk menyediakan sejumlah 500 poin pengecasan EV di pelbagai lokasi termasuklah di persekitaran pentadbiran kerajaaan Persekutuan – menjelang 2030 kelak.
Setakat ini, terdapat 23 poin pengecasan EV telah tersedia di persekitaran semasa dan menjangka terdapat pertambahan 27 poin pengecasan lagi pada akhir 2024 ini.
Inisiatif ini adalah sebahagian kerjasama antaranya dilaksana bersama anak syarikat Gentari iaitu Gentari Green Mobility dalam menjadikan matlamat Putrajaya selaku bandar rendah karbon. Selain perluasan 1,000 infrastruktur EV di Malaysia, untuk makluman Gentari juga turut meluaskan jejak perkhidmatan mereka di pasaran Thailand dan India.