Selaku penyumbang ekonomi terbesar pada pasaran negara, Selangor kini turut mencatatkan jumlah pemegang sijil halal tertinggi di Malaysia – dengan 3,104 pemegang sijil halal aktif daripada jumlah 9,436. Angka ini mewakili 33% pemegang sijil halal aktif.
Keperluan itu menurut pentadbiran negeri Selangor pada sidang Konvensyen Halal Antarabangsa Selangor – sekaligus memberi kelebihan kepada perniagaan pada persaingan di pasaran negara. Ini kerana selain keyakinan pengguna, tahap keselamatan penghasilan produk turut berupaya meluaskan lagi potensi pemasaran di peringkat domestik dan antarabangsa.
Usaha itu juga secara langsung tidak sekadar meningkatkan pertumbuhan negeri bahkan pertumbuhan negara dalam industri halal. Aturan ini juga selaras dengan matlamat Malaysia untuk menjana nilai eksport sekitar RM75.2 bilion pada sektor halal menjelang 2030 kelak.