Artikel

Hampir 30% Penerbangan Didapati Berdepan Isu Kelewatan

Sepanjang tempoh 8 bulan, ternyata prestasi perkhidmatan penerbangan negara dilihat alami kemajuan melibatkan penawaran di peringkat domestik mahupun antarabangsa. Menerusi pendedahan data pengangkutan negara, pada tempoh tersebut hanya hampir 30% penerbangan di negara daripada jumlah 315,388 penerbangan – berdepan isu kelewatan.

Sementara 76% lagi penerbangan memaparkan prestasi yang baik, mematuhi piawaian masa yang ditetapkan.

Pendedahan Kementerian Pengangkutan pada sidang Parlimen pagi ini, turut menjelaskan sebahagian syarikat penerbangan telahpun menambahbaik sasaran On-Time Performance (OTP) operasi selaras dengan ketetapan di bawah MAVCOM iaitu sekitar 85%. Ini antara kemajuan prestasi masa yang dipamerkan:

  • Malaysia Airlines – capai 78.1% (Sept) berbanding 58.2% (Ogos) untuk penerbangan domestik. Diikuti mencapai 72% (Sept) berbanding 54.7% (Ogos) bagi penerbangan antarabangsa
  • AirAsia – capai 67.9% (Sept) berbanding 70.8% (Ogos) untuk penerbangan domestik. Diikuti mencapai 61.7% (Sept) berbanding 69.5% (Ogos) bagi penerbangan antarabangsa
  • AirAsia X – capai 81.8% (Sept) berbanding 80.6% (Ogos)
  • Batik Air – capai 73.8% (Sept) berbanding 82.9% (Ogos) untuk laluan domestik. Diikuti mencapai 57.7% (Sept) berbanding 71.7% (Ogos) pada laluan antarabangsa