Artikel

Seramai 16.45 Juta Pelancong Kini Memasuki Malaysia – Setakat Ogos Lalu

Sejak Januari sehingga Ogos 2024, Malaysia telah memperlihatkan kerancakkan kemasukan pelancong luar negara – apabila seramai 16.45 juta pelancong asing telah direkodkan. Jumlah sepanjang 8 bulan ini untuk makluman telah meningkat 29.5% berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.

Data pelancongan negara ini turut memperincikan Singapura menjadi pelancong asing yang tertinggi dalam tempoh tersebut dengan seramai 5.76 juta pelancong memasuki Malaysia. Diikuti Indonesia dengan 2.39 juta pelancong, China (2.28 juta), Thailand (1.08 juta) dan Brunei (785,548 pelancong).

Menerusi peningkatan ini, tahun 2024 akan memperlihatkan jumlah kemasukan pelancong yang lebih besar dapat dicapai oleh Malaysia. Tambahan sokongan insentif baharu pelancongan yang akan dimaklumkan pada Belanjawan 2025 kelak berpotensi merancakkan lagi kemasukan pelancong asing pada 2025 dan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 kelak.