Bagi memartabatkan lagi produk tempatan negara – Pos Malaysia bersama ZUS Coffee kini tampil dengan edisi khas Setem Buatan Malaysia kepada pengguna negara.
Koleksi khas ini untuk makluman hanya boleh didapati dengan laksana pesanan minuman terpilih pada aplikasi ZUS dan ianya hanya tersedia untuk pengguna yang memilih ciri pengambilan minuman secara terus (pickup), tidak pada penghantaran.
Dengan tindakan itu, pengguna boleh memesan satu antara menu minuman pilihan yang terdiri daripada siri Cham-back merangkumi senarai minuman Tarik Cham Latte, Tarik Milk Tea, Earl Grey Cham Latte atau Earl Grey Milk Tea.
Promosi ini menurut Pos Malaysia akan tersedia di seluruh cawangan ZUS kecuali di cawangan Menara IQ dan cawangan Coffee Meets Pastry by ZUS di One Utama. Malah turut diingatkan, koleksi setem khas yang berharga RM15.90 akan tersedia berlandaskan stok di cawangan yang terlibat. Maka untuk ketahui maklumat lanjut, semua pengguna boleh memuat-turun aplikasi ZUS dan kunjungi cawangan yang terlibat untuk ketahui perolehan berikutnya akan koleksi setem khas ini.