Sepertimana yang dimaklumkan pada awal tahun ini, kelak rakyat Malaysia akan menyaksikan pelancaran Indikator Kos Sara Hidup baharu pada awal November ini – iaitu 2 November.
Indikator baharu ini akan memperlihatkan pendekatan ukuran tahap kos sara hidup rakyat yang akan didasari berasaskan aliran perbelanjaan serta keperluan asas. Usaha itu sekaligus turut membantu negara memperincikan lagi tindakan bantuan kepada kumpulan yang lebih bersasar.
Pelancaran itu dimaklumkan akan turut dilaksanakan bersempena Sambutan Hari Statistik Negara 2025 dan Ulang Tahun Jubli Intan ke-75 DOSM.
Berdasarkan makluman awal pelaksanaan indikator ini, akan membantu negara lebih memahami akan jumlah perbelanjaan yang diperlukan rakyat negara pada tekanan kos semasa. Difahamkan pengiraan indikator tersebut membabitkan 13 negeri dan 3 Wilayah Persekutuan bersama 162 daerah pentadbiran meliputi bandar dan luar bandar.