Artikel

Selepas 20 Tahun – Pindaan Ordinan Buruh Sabah Diluluskan, Tambah Baik Hak 2.06 Juta Pekerja Sabah

Dewan Rakyat semalam (14 Oktober) kini telah mencapai kesepakatan dengan meluluskan Rang Undang-Undang Ordinan Buruh Sabah (OBS) (Pindaan) 2024 – setelah 20 tahun susulan pindaan kali pertama dan terakhir dilaksanakan pada tahun 2005.

Menerusi kesepakatan kelulusan itu, ia sekaligus memperlihatkan hak kebajikan pekerja di Semenajung Malaysia dan 2.06 juta pekerja Sabah kini adalah setara, selaras dengan piawaian yang ditetapkan pada perburuhan antarabangsa.

Jelas Kementerian Sumber Manusia (Kesuma), ini antara perincian pindaan yang telah diluluskan di bawah OBS:

  • Beri bayaran kerja lebih masa, bekerja pada cuti umum dan hari rehat kepada pekerja bergaji di bawah RM4,000 sebulan
  • Tuntutan di Mahkamah Buruh kini diperluaskan kepada semua pekerja tanpa had gaji
  • Cuti bersalin di Sabah kini dinaikkan daripada 60 hari kepada 98 hari
  • Waktu kerja kini dikurangkan daripada 48 jam seminggu kepada 45 jam seminggu
  • Pengasingan cuti sakit dan cuti hospitalisasi perlu dilaksanakan (cuti sakit 14 hari + 60 hari = 74 hari)
  • Hari Malaysia kini dikategorikan sebagai kelepasan wajib
  • Kaedah pembayaran gaji harus diperluaskan melalui saluran – pembayaran melalui perbankan, melalui instrumen pembayaran dan secara tunai
  • Pekerja lelaki di Sabah yang telah berkahwin dan miliki anak – menerima cuti paterniti 7 hari
  • Larangan berlakunya diskriminasi
  • Larangan wujudnya buruh paksa
  • Tindakan perundangan akan gangguan seksual di tempat pekerjaan
  • Aturan kerja fleksibel dibenarkan
  • Had umum pekerja di Sabah kini minimum berusia 13 tahun
  • Menyediakan senarai kerja yang tidak dibenarkan kepada kanak-kanak mahupun orang muda
  • Senaraikan kerja berbahaya yang tidak dibenarkan ke atas sebilangan kumpulan pekerja
  • Sediakan peruntukan berkaitan perumahan, penginapan dan kemudahan pekerja