Selari dengan gagasan sektor kesihatan negara yang ingin mengurangkan pengambilan gula dalam kalangan masyarakat – Parlimen kini memaklumkan akan melaksanakan Hari Tanpa Gula pada setiap hari Rabu.
Pengumuman yang dimaklumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat pada sidang hari ini, ditegaskan tidak hanya terpakai kepada kakitangan di Parlimen Malaysia sahaja bahkan ahli Parlimen juga harus mematuhi peraturan tersebut.
Tidak hanya itu, Parlimen Malaysia turut memaklumkan kini bangunan tersebut telah melaksanakan projek Sistem Fotovolta Suria – bagi menyokong dasar berkaitan tenaga boleh diperbaharui.
Menerusi pembabitan penggunaan tenaga solar tersebut, ini menjadikan Parlimen Malaysia sebagai antara yang terawal mengoptimumkan penggunaan tenaga solar bersama kapasiti 1.5 megawatt selaku inisiatif peralihan kepada sumber tenaga yang lebih lestari.