Artikel

Pemegang Saham Capital A Beri ‘Lampu Hijau’ – Setuju Lupus Perniagaan Penerbangan Kepada AirAsia X

Hasil penelitian bersama yang dicapai pada hari ini, pemegang saham Capital A kini menyatakan sokongan mereka akan cadangan melupuskan perniagaan penerbangan kumpulan tersebut – kepada AirAsia X (AAX).

Keputusan yang diraih ketika Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) ini sekaligus membuka laluan kepada Capital A untuk memuktamadkan pelan penstruktruan semula operasi dan menamatkan status PN17 iaitu Nota amalan 17 pada imej jenama mereka.

Menerusi sokongan itu, ini membolehkan Capital A meluaskan fokus yang lebih tinggi kepada empat cabang perniagaannya yang lain iaitu Capital A Aviation Services (CAPAS), MOVE Digital, Teleport dan syarikat jenama AA.


PN17, atau Nota Amalan (Practice Note) 17/2005 adalah suatu aturan yang ditetapkan Bursa Malaysia terhadap kumpulan syarikat yang bermasalah dari aspek kewangan. Penyenaraian ini berisiko mengakibatkan sesebuah syarikat terkeluar daripada papan Bursa Malaysia. Secara ringkasnya, entiti berkaitan gagal memenuhi kriteria minimum yang ditetapkan oleh Bursa Malaysia.

Untuk makluman ini antara ciri membawa kepada klasifikasi PN17;

  • Dana pemegang saham syarikat kurang daripada 25% daripada jumlah modal berbayar
  • Penerima telah dilantik untuk mengawal aset syarikat
  • Penggulungan beberapa anak syarikat mereka dan syarikat bersekutu
  • Juruaudit telah memberikan kenyataan negatif atau tidak seimbang tentang syarikat
  • Tidak patuhi faedah pinjaman dan pembayaran balik hutang syarikat
  • Syarikat telah menangguhkan atau menghentikan operasi
  • Syarikat tidak memiliki perniagaan ataupun operasi yang signifikan