Artikel

Harga Sayur Mungkin Naik Menjelang November, Disember Ini – Terjejas Kesan Cuaca

Susulan beberapa kawasan di negara kan berdepan fasa Monsun Timur Laut (MTL) pada November dan Disember ini – dijangka harga sayur-sayuran berpotensi meningkat tiga kali ganda kesan bekalan yang akan terjejas.

Menurut pengamatan Persatuan Pekebun Melayu Cameron Highlands, kesan cuaca tersebut ia berupaya mempercepatkan lagi isu penyakit kulat pada proses pengeluaran sayuran. Situasi itu secara jelas menjejaskan lagi bekalan pada pasaran. Ketika ini sahaja didapati telah berlakunya beberapa peningkata harga sayur di peringkat ladang – melibatkan lonjakan 20% hingga 50% ke atas peniaga.

Antara sayuran yang berdepan kenaikan tersebut adalah tomato, daun bawang, kailan, sawi, timun, terung serta kacang buncis.

Maka melihat pada dinamik tersebut, semua peniaga dan pengguna dimaklumkan untuk bersedia akan sebarang kenaikan harga yang berlaku di pasaran kelak.