Artikel

Prestasi Kewangan Negara 2023 Raih Lebihan Hasil, Defisit Menurun Kepada 5% – LKAN

Prestasi kewangan negara pada tahun 2023 memaparkan peningkatan yang lebih baik apabila peningkatan lebihan hasil berjumlah RM2.028 bilion telah berjaya diraih, disusuli desifisit menurun kepada 5.0% dengan jumlah RM8.595 bilion.

Tinjauan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) yang diterbitkan pada hari ini jelas menunjukkan baki defisit Kumpulan Wang Pembangunan pada tahun 2023 adalah berjumlah RM10.217 bilion, di mana menurun RM11.734 bilion (14.5%) berbanding RM11.951 bilion pada 2022.

Walaupun prestasi kewangan semakin membrangsangkan, namun LKAN menyeru kerajaan Persekutuan untuk memberi perhatian akan aliran peningkatan Liabiliti Persekutuan – yang melibatkan Hutang Persekutuan dan Liabiliti Kewangan meningkat sekitar RM92.038 bilion (6.6%) kepada RM1.492 trilion berbanding RM1.400 trilion pada 2022.

Tidak hanya itu Komitmen Jaminan pada 2023 oleh kerajaan ke atas 13 syarikat turut meningkat kepada RM3.288 bilion (1.5%), berbanding RM224.116 bilion pada tahun 2022. Sementara perolehan dividen yang diterima kerajaan pula memaparkan penurunan ketara sejumlah RM9.756 bilion (17.5%) berbanding RM55.815 bilion pada 2022.

Secara menyeluruh, LKAN memberi peringatan kepada pentadbiran untuk mengurangkan defisit fiskal negara dan mengurangkan kebergantungan kepada pinjaman baharu dengan meningkatkan kutipan hasil, melaksanakan perbelanjaan bersasar dan mempunyai nilai untuk wang serta menambahbaik tatakelola pengurusan kewangan ke atas syarikat-syarikat kerajaan.