Artikel

GST: Hanya Akan Dilaksanakan, Jika Ambang Gaji Minimum Naik Kepada RM3,000

Susulan terdapat pelbagai saranan untuk kerajaan kembalikan semula pelaksanaan sistem cukai GST iaitu Cukai Barang dan Perkhidmatan – Perdana Menteri Anwar Ibrahim memaklumkan aturan tersebut hanya akan dilakukan sekiranya gaji ambang di pasaran Malaysia mencapai paras RM3,000 hingga RM4,000.

Kenyataan yang dikongsi pada sidang Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) ketika hujung minggu lalu ini, menjelaskan langkah pelaksanaan semula GST sewajarnya tidak harus membebani golongan miskin.

Malaysia perlu memiliki masa yang mencukupi untuk meningkatkan ambang gaji diparas yang lebih tinggi sebelum meneliti pelaksanaan GST.

Pentadbiran akui sistem percukaian tersebut berupaya mengembangkan dana kerajaan bersama kutipan hasil yang lebih tinggi namun ia juga berisiko meningkatkan lagi tekanan kos ke atas pengguna berpendapatan rendah.

Buat pengetahuan umum, setakat ini paras gaji minimum adalah ditakuk RM1,500. Ia sekaligus memberi cerminan GST tidak akan dikembalikan dalam tempoh terdekat.