Bagi memastikan sistem penjagaan kesihatan semasa terus berkualiti dan memberi tambah-nilai kepada tenaga kerja – Institut Jantung Negara (IJN) kini memohon agar pentadbiran untuk menyemak naik pengenaan yuran ke atas pesakit yang dikemukakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sekitar kenaikan 10% hingga 40%.
Ini kerana struktur bayaran yang dilaraskan ke atas IJN pada pasaran semasa, tidak pernah berubah sejak dikuatkuasakan pada 21 tahun lalu iaitu tahun 2003. Situasi itu jelas memaparkan terdapat pelbagai kos tambahan yang perlu ditanggung IJN susulan berlakunya peningkatan kos penjagaan kesihatan dalam pasaran semasa.
Jelas IJN pada sidang taklimat minggu ini, permohonan kenaikan caj tersebut diberi jaminan, tidak akan melangkaui paras bayaran sebagaimana yang dikenakan oleh hospital swasta.
Tindakan semakan ini penting, untuk mengimbangi nisbah jumlah pesakit yang kian meningkat di pusat perubatan IJN. Buat pengetahuan umum, IJN kini merekodkan jumlah 334,445 pesakit luar diikuti 18,324 pesakit pada tahun lalu. Peningkatan bilangan pesakit itu sekaligus menuntut pertambahan peralatan dan fasiliti untuk tindakan rawatan.