Artikel

Public Bank Akan Ambil-Alih 44.15% Kepentingan Pada LPI Capital – Perkukuh Akses Insurans Di Malaysia

Setelah memberi gambaran akan pengambilalihan ke atas entiti pelaburan – Public Bank hari ini (10 Oktober) secara rasminya mengesahkan tindakan pembelian baki pegangan kumpulan dalam LPI Capital iaitu entiti di bawah London & Pacific Insurance Bhd iaitu sebuah syarikat pegangan pelaburan di pasaran negara – akan direalisasikan kelak.

Pegangan ini untuk makluman mewakili saham-saham biasa secara agregat sebanyak 175,896,000 dalam LPI Capital dengan jumlah pertimbangan tunai iaitu pembayaran sebanyak RM1.72 bilion.

Menerusi peralihan 44.15% kepentingan ini, ia sekaligus meluaskan lagi peranan Public Bank selaku bank universal yang menawarkan pelbagai saluran perkhidmatan kewangan kepada pengguna negara.

Dengan langkah perolehan syarikat insurans yang memiliki nilai pasaran RM5.2 bilion tersebut – ia secara langsung turut melonjakkan kedudukan Public Bank selaku perbankan ketiga terbesar di negara, antaranya dengan meluaskan lagi perkhidmatan kewangan bersama LPI yang telah tersedia di rantau Singapura dan Kemboja.

Secara menyeluruh, kini Public Bank memiliki sejumlah 293 cawangan di seluruh Malaysia bersama 157 cawangan di luar negara dengan nilai aset mencapai RM493 bilion di pasaran semasa.