Artikel

Kadar Pengangguran Kini 3.2% – Jumlah Terus Menurun Kepada 558,500 Penganggur Di Malaysia

Bilangan penganggur di pasaran Malaysia dilihat terus menurun, apabila data Ogos memperlihatkan kadar pengangguran kini di paras 3.2% setelah 9 bulan kekal di paras 3.3%. Peratusan tersebut sekaligus membawa kepada jumlah penggangur di pasaran Malaysia kini adalah 558,500 individu.

Penurunan secara berkala itu jelas memperincikan lebih ramai jumlah penduduk bekerja di Malaysia. Mengikut data Jabatan Perangkaan (DOSM) – kini terdapat 16.66 juta penduduk bekerja di Malaysia, menjadikan berlakunya pertambahan 29,400 individu dalam sektor ekonomi negara.

Lebih menarik, penurunan kadar pengangguran ini turut berlaku kalangan golongan muda negara yang berusia 15 tahun sehingga 24 tahun – di mana menurun kepada 10.4% dengan 303,000 penganggur dicatatkan. Sementara golongan muda sehingga usia 30 tahun pula mencatatkan jumlah 428,500 individu – ia turut memperlihatkan penurunan kepada 6.4%.

Ada kemajuan status pasaran kerja negara ini, DOSM menyasarkan pasaran buruh Malaysia akan kekal stabil sepanjang tahun ini – susulan aktiviti pelancingan yang baik, aliran eksport yang membrangsangkan serta sokongan pelbagai inisiatif pekerjaan meluaskan lagi akses pendapatan rakyat negara. Selari dengan perkembangan tersebut, prestasi ekonomi Malaysia dijangka seimbang untuk beberapa bulan mendatang.