Artikel

Ringgit Mengukuh 14.4%, Jadi Antara Mata Wang Terbaik Global – BNM

Nilai mata wang negara terus mempamerkan prestasi yang membrangsangkan – apabila menjadi antara mata wang yang berprestasi terbaik dalam pasaran global dengan pengukuhan 14.4% berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) bagi suku ketiga tahun ini.

Prestasi ini menurut pengamatan Bank Negara Malaysia (BNM) antaranya disokong langkah Rızan Persekutuan AS (Fed AS) akan pengurangan 50 mata asas kadar dasar semasa. Malah aturan menggalakkan melibatkan penukaran hasil pendapatan asing oleh syarikat berkaitan kerajaan, pelaburan syarikat berkaitan kerajaan dan korporat turut mengukuhkan lagi prestasi negara.

Di mana ia menyumbang kepada kecairan pasaran pertukaran mata wang asing domestik yang mencukupi, yang mencatatkan purata volum harian sebanyak $17.6 bilion.

Tidak hanya itu, keyakinan pelabur terhadap Malaysia yang bertambah baik juga memberi nilai tambah kepada prestasi semasa.

BNM melihat adanya penglibatan pelabur yang seimbang bersama pentadbiran negara – ia  memberi manfaat dalam meningkatkan kesedaran tentang Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang menarik, dan memberi cerminan tegas akan matlamat dan konsistensi dasar Malaysia yang berterusan dalam sektor ekonomi.