Artikel

Kerajaan Pertimbang Hentikan Subsidi Telur Ayam

Tindakan menamatkan subsidi ayam sebelum ini ternyata tidak sekadar membawa penjimatan RM100 juta kepada negara bahkan turut melaras stabil harganya di pasaran semasa. Rentetan itu, kini kerajaan dalam pertimbangan untuk menamatkan subsidi telur ayam bagi gred A, B dan C sekiranya bekalan ini disemak pulih dan stabil.

Aturan itu menurut Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dapat membawa penjimatan subsidi untuk membangunkan sektor agromakanan lain yang lebih mendesak. Usaha ini akan memacukan lagi matlamat negara untuk menambahbaik tahap bekalan sekuriti makanan di pasaran mendatang.

Buat pengetahuan umum tahun 2023 memperlihatkan sejumlah RM927 juta diperuntukan bagi subsidi telur ayam kepada pengguna dan Jun lalu terdapat penguatkuasaan menurunkan 3 sen harga runcit telur ayam A, B dan C telah dilaksanakan di seluruh pasaran negara.

Maka untuk meluaskan lagi penjimatan subsidi dan memberi tumpuan kepada segmen agromakanan yang lain – KPKM memaklumkan pertimbangan tersebut telahpun dikemukakan kepada Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). Sekiranya ia diluluskan, pihak kementerian akan memaklumkan notis rasmi berhubung penamatan subsidi telur tersebut.