Suku kedua tahun ini jelas menunjukkan kadar harga sewa rumah di Malaysia semakin meningkat – apabila secara puratanya kadar sewa di negara telah naik 3.9% kepada RM1,995. Angk ini jelas lebih tinggi berbanding paras 2.9% kadar sewa yang citatkan pada tempoh yang sama pada 2023.
Tinjauan Juwai IQI pada Indeks Sewa Rumah Malaysia Suku Kedua ini memperincikan peningkatan tersebut didorong hasil aliran penawaran dan permintaan sewa hartanaha yang semakin menggalakkan disusuli kemasukan pelajar antarabangsa dan aktiviti pelabur yang membrangsangkan.
Melihat kepada perkembangan tersebut, pemain industri turut menjangkakan peningkatan kadar sewa ini akan terus melonjak dengan ramalan peningkatan tahunan 5.5% menjelang 3 bulan pertama tahun 2025 kelak. Maka para penyewa baharu perlu bersedia akan komitmen tambahan tersebut.
Setakat ini sahaja antara lokasi yang memaparkan peningkatan kadar sewa ketara adalah di Kuala Lumpur dengan sewa 44% lebih tinggi daripada paras nasional. Peningkatan kadar sewa ini secara langsung turut mengukuhkan pertumbuhan KL selaku lokasi pilihan sewa – di mana meningkat 5% kepada RM2,863.
Manakala Selangor pula memperlihatkan pertumbuhan kadar sewanya kekal stabil bersama peningkatan 1% sahaja kepada RM1,899 untuk suku kedua 2024 ini.