Syarikat milik hartawan negara Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary iaitu Aurora Mulia Sdn Bhd (AMSB) kini dimaklumkan masih lagi kekal selaku pemegang saham terbesar 31.9% dalam syarikat Media Prima.
Pengesahan ini rentetan terdapat kekeliruan akan pemberhentian syarikat di bawahnya iaitu Sutera Bakti, Tradewinds Group dan Restu Jernih pada kepentingan syarikat media tersebut berlandaskan makluman kepada Bursa pada 7 Oktober.
Penamatan tiga syarikat ini selaku pemegang saham utama tidak langsung Media Prima adalah tertakluk melalui kepentingan di bawah Seksyen 8 Akta Syarikat 2016 dalam AMSB sahaja dan ia tidak mengugat status kumpulan selaku pemegang utama.
Media Prima memaklumkan pengumuman tersebut telah disalahertikan dan memaklumkan pegangan melibatkan 353,815,941 saham kekal diterajui Syed Mokhtar Al-Bukhary.