Sekiranya nilai mata wang ringgit terus memaparkan pengukuhan dengan jangkaan paras 4.54 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), terdapat potensi untuk Malaysia merealisasikan matlamat – dengan tampil selaku negara berstatus pendapatan tinggi pada 2028.
Lebih menarik Bank Dunia pada sidang Tinjauan Ekonomi Malaysia bagi Oktober 2024 menjangkakan jika nilai ringgit kekal pada paras semasa (RM4.20), status tersebut berupaya dapat dicapai setahun lebih awal oleh negara.
Secara menyeluruh prestasi ringgit yang mengukuh ini telah mencerminkan keyakinan para pelabur ke atas pertumbuhan Malaysia adalah seimbang. Tidak hanya itu, prestasi ini turut memperlihatkan perkembangan ekonomi negara telah melonjak 12% lebih tinggi berbanding sebelum krisis COVID-19 terdahulu.
Status ini sekaligus menjadikan prestasi negara telah mengatasi kebanyakan pertumbuhan berbanding negara ASEAN yang lain.