Sebilangan perkhidmatan Maybank dimaklumkan akan berdepan gangguan sementara bagi melaksanakan penyelenggaraan sistem pada 9 Oktober kelak. Aturan kemas-kini tersebut mengikut notis Maybank bertujuan melancarkan aliran penggunaan perbankan taktala kempen membeli-belah yang akan berlangsung pada 10 Oktober ini.
Berlandaskan komitmen itu, Maybank memaklumkan gangguan sementara itu akan mengambil masa selama 30 minit, bermula jam 11.30 malam sehingga 11.59 malam pada 9 Oktober.
Langkah itu secara langsung memerlukan perhatian semua pengguna – susulan berupaya memberi kesan kepada perkhidmatan Maybank2u, aplikasi MAE, QRPay Biz, Maybank Wealth, pembayaran secara FPX, ATM, mesin deposit cek serta transaksi melibatkan kad debit.
Maka menerusi makluman ini, diharap semua pengguna Maybank peka akan kesulitan yang berlaku ketika dalam tempoh penyelenggaraan kelak. Sebarang rujukan lanjut boleh menyemak bersama khidmat pelanggan Maybank di pautan emel [email protected].