Artikel

Malaysia Jimat RM2.21 Bilion Tenaga Elektrik – Setakat Jun Lalu

Setakat Jun 2024, negara telah berjaya mencapai matlamat dalam memperkasakan usaha kecekapan tenaga – di mana sepanjang tempoh itu, Malaysia telah merekodkan 5.82% penjimatan tenaga elektrik. Angka ini mewakili 8,769 Gigawatt jam (GWj) bersama nilai RM2.21 billion. 

Perkongsian data itu mengikut Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) adalah seiring dengan sasaran negara untuk mengurangkan jejak karbon dioksida di pasaran. 

Lebih menarik pencapaian untuk memaparkan status kemajuan yang besar buat negara susulan sasaran awal dalam mengurangkan pertumbuhan permintaan elektrik dilarraskan sekitar 8.0%.

Menerusi prestasi ini, negara optimis untuk mencapai pengurangan 38 juta tan karbon dioksida yang dijangka berupaya menjimatkan tenaga elektrik sekitar 52,000 GWj menjelang 2025 kelak.