Artikel

Ouch! Meraih Suntikan RM5 Juta – Sasar Perluas Akses Perlindungan Bersama Pengguna Malaysia

Ouch! penyedia takaful digital di pasaran Malaysia kini memaklumkan berjaya meraih suntikan dana RM5 juta bersama PBB Ventures pada pusingan siri A. Antara pelabur yang turut terlibat sama pada pengumpulan dana ini untuk makluman adalah OSK Ventures, RHL, dan Vynn Capital.

Adanya sokongan dana sedemikian ia akan membantu Ouch! merealisasikan matlamat mereka dalam menyediakan penyelesaian perlindungan takaful yang unik dan boleh diakses setiap peringkat umur baut penduduk negara. Ini kerana masih terdapat 30 rakyat Malaysia yang kurang miliki perlindungan khususnya melibatkan perlindungan kewangan. 

Menerusi pengukuhan pelaburan itu, Ouch! yang telah bermula sejak 2018 ini memaklumkan pihaknya kini dalam usaha meraih perlesenan selaku pengendali takaful digital (DITO) di bawah Bank Negara Malaysia (BNM). Adanya perolehan itu, ini akan meluaskan lagi akses perlindungan kepada penduduk negara.

Seperti yang umum ketahui, pembukaan lesen pengendali insurans dan takaful digital kelak tidak lagi terhad kepada 5 penerima lesen sahaja. Ia bakal dibuka bermula 2 Januari 2024 sehingga 31 Disember 2026 kelak.