PRESMA, iaitu Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia kini mengesyorkan agar semua premis makanan di bawah naungan mereka untuk tidak lagi menjual rokok kepada pengguna.
Pertimbangan itu untuk makluman telahpun dilaksanakan lebih 40% daripada 12,000 premis di bawah persatuan tersebut. Ini bermakna hampir 5,000 premis mamak tidak lagi menjual rokok kepada pengguna di pasaran semasa.
Tindakan ini adalah suatu langkah yang baik demi kesejahteraan industri makanan negara. Namun kumpulan pengusaha mamak kekal berdepan kegusaran berikutan di bawah Akta Kawlaan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852), premis makanan kekal berisiko didenda sekiranya gagal menghalang pengguna untuk tidak merokok di premis mereka.
Ini kerana masih terdapat kumpulan pengguna yang enggan mematuhi perundangan kesihatan tersebut. Perihal itu secara jelas adalah diluar bidang kuasa pengusaha premis makanan dan pihaknya mengharapkan penyelesaian yang lebih seimbang dapat dicapai berhubung tindakan ttersebut bersama pengusaha premis makanan.