Selari dengan pemerkasaan perlindungan diri kalangan pekerja, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kini optimis untuk meluaskan perkhidmatan mereka kepada semua peringkat kategori – antaranya dengan mencapai 1 juta pencarum dalam kalangan Orang Bekerja Sendiri (OBS), pada akhir tahun ini.
Mengikut perincian, ketika ini terdapatnya peningkatan pencarum baharu, setakat ini saha terdapat 693,969 individu telah berdaftar selaku pencarum aktif OBS bersama Perkeso.
Menerusi jumlah ini pihaknya optimis peningkatan kepada 1 juta pencarum dapat diraih dengan usaha perluasan faedah disebalik kepentingan perlindungan pekerja bersama pihak berkuasa tempatan (PBT). Pertambahan juga dapat dicapai susulan pelaksanaan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) buat penjaja dan peniaga berlesen yang akan dimulakan pada 1 Januari 2025 kelak.