Sepertimana yang dirangka sebelum ini dalam meluaskan peluang pelaburan ekonomi tempatan, kini rundingan Perjanjian Zon Ekonomi Khas antara Johor dan Singapura (JS-SEZ) disasarkan dapat dimuktamadkan pada awal Disember kelak.
Mengikut butiran lanjut, perancangan kesepakatan telahpun diperhalusi pada akhir Ogos lalu di bawah tindakan Bengkel Perundingan Kumpulan Kerja Bersama Malaysia-Singapura bagi Pembangunan JS-SEZ.
Dengan adanya kesepakatan ini, ia dilihat sebagai inisiatif besar buat negara dalam memacu pertumbuhan ekonomi. Tidak sekadar merancakkan kemasukan pelaburan bahkan memberi manfaat kepada keperluan teknologi serta pembuatan.
Malah terdapat beberapa inisiatif sokongan turut akan dilaksanakan, ini merangkumi program seperti latihan kemahiran, peningkatan kapasiti teknikal serta kolaborasi bersama sektor pendidikan dan keperluan industri negara.
Setakat ini terdapat beberapa lokasi akan menjadi tumpuan zon ekonomi tersebut – antaranya libatkan libatkan Kulai sebagai pusat logistik, ekonomi digital sementara Pengerang pula selaku hab tenaga, sekuriti makanan dan kesihatan.