Artikel

Anuar Fariz Fadzil Kini Dilantik Selaku CEO MDEC Baharu

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, ternyata kini secara sahnya Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) melantik Anuar Fariz Fadzil selaku Ketua Pegawai Eksekutif  MDEC baharu di bawah kelulusan Kementerian Kewangan (MOF) dan pihak lembaganya. Peranan tersebut untuk makluman dikuatkuasakan bermulanya pada hari ini.

Makluman itu dikongsikan Pengerusi MDEC, Syed Ibrahim pada hari ini ketika sidang Festival Kandungan Digital Malaysia (MyDCF) pada hari ini. Buat pengetahuan umum, sebelum ini, MDEC telah diterajui Mahadhir Aziz selaku mantan CEO yang telah berkhidmat sejak September 2021 lagi.

Untuk pengetahuan umum, Anuar sebelum ini merupakan Ketua Dasar Awam TikTok Malaysia – tidak hanya itu beliau juga turut pernah menjadi pengawai khas kepada Menteri Perdagangan, Antarabangsa Dato’ Sri Mustapa (TokPa) selama 4 tahun diikuti pernah menyertai Axiata.

Menerusi pengamalan dalam arena digital dan korporat- ia sekaligus memperlihatkan kreadibiliti Anuar Fariz dalam meneraju MDEC pada pasaran semasa kelak. Sama-sama kita nantikan perkongsian lanjut MDEC berhubung hala tuju operasi bersama Anuar Fariz.