Artikel

Menjelang 2030 – Jumlah Warga Emas Di Dunia Dijangka Lebihi Belia 

Setibanya tahun 2030 kelak, dijangka populasi global akan menyaksikan berlakunya pertambahan jumlah warga emas berbanding jumlah populasi belia. Berdasarkan anggaran lanjutan, dijangka seramai 1.6 bilion warga emas bakal direkodkan pada 2050 dan sekiranya ramalan ini benar, maka lebih 16% populasi dunia adalah mewakili warga emas.

Dapatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ini menakrif jumlah tersebut didasari berasaskan takrifan melibatkan warga emas berusia 65 tahun ke atas. Menerusi pertambahan jumlah tersebut dijangka rantau Asia dan Eropah akan merekodkan tertinggi pada populasi tertua di dunia.

Antaranya Korea Selatan dan Hong Kong 40%  penduduk warga emas, disusuli Jepun (30%), Itali (23%), Finland dan Greece (22%).

Malah berlandaskan peningkatan jumlah ini, PBB turut menjangkakann penduduk tua akan lebih ramai di negara membangun berbanding negara maju. Situasi ini didorong akan pelbagai aspek meliputi kelemahan sosial, kesihatan dan ekonomi – maka pertambahan warga emasnya lebih tinggi.

Sementara Malaysia pula, mengikut Jabatan Perangkaan (DOSM) untuk tahun ini sahaja penduduk berusia 60 tahun ke atas telah mencapai 3.9 juta individu sementara penduduk berusia 65 tahun ke atas pula sekitar 2.6 juta individu. Di mana terdapat 11 daerah baharu kini dikategorikan sebagai daerah menua, diikuti semua daerah di Perak Kedah telah lebihi 7% populasi menua.