Bersempena dengan pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selaku Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 20 Julai 2024 lalu – Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan pengeluaran duit syiling peringatan.
Pengeluaran duit syiling peringatan ini untuk makluman diterbitkan melalui 3 denominasi iaitu duit syiling peringatan Emas, duit syiling peringatan Perak Sterling dan duit syilig peringatan Emas Nordic Brilliant Uncirculated (B.U.).
Menurut makluman BNM, duit syiling ini antaranya akan dijual sebagai set 2 dalam 1 yang mengandungi sekeping duit syiling perak sterling dan sekeping duit syiling emas Nordic. Harga jualan setiap set dilaraskan sekitar RM330. Berdasarkan pengeluaran tersebut, hanya 1,300 set sahaja tersedia untuk pembelian buat penggunaa.
Pada pengumuman itu, bagi orang awam yang berminat kini boleh laksana tempatan menerusi pautan duit.bnm.gov.my bermula jam 11 pagi pada hari ini (2 Oktober) sehingga 11 malam pada 13 Oktober 2024.