Kegagalan mengatasi tekanan di tempat kerja, dilihat berupaya mendorong lebih 40,000 penjawat awam di negara untuk alami tekanan mental. Angka ini diraih hasil dapatan di bawah Sistem Profiling Digital Kesihatan Psikologi Pegawai Perkhidmatan Awam (MyPsyD) melibatkan tempoh Mac sehingga September 2024 lalu.
Perkongsian data ketika sidang Antarabangsa Mengenai Kesejahteraan Psikologi 2024 ini secara jelas menuntut lebih banyak langkah intervensi bersasar perlu dilaksanakan pentadbiran negara bersama penjawat awam – untuk memastikan isu ini dapat diatasi dengan lebih terperinci.
Buat pengetahuan umum, MyPsyD adalah inisiatif pentadbiran dalam meningkatkan program pencegahan tingkah laku berisiko melibatkan isu kesihatan psikologi. Menerusi parameter sedemikian, ia secara jelas membawa kepada gambaran sebenar akan tekanan dan tugasan semasa yang didepani kakitangan negara.