Oracle hari ini memaklumkan pihaknya akan melabur lebih $6.5 bilion (sekitar RM27 bilion) di Malaysia – dengan memberi fokus kepada pengkomputeran awanan dan kecerdasan buatan (AI) di pasaran negara.
Tidak hanya itu, Oracle turut bermatlamat mewujudkan wilayah awanan dengan membolehkan pelbagai pihak merangkumi rakan pelabur untuk memanfaatkan infrastruktur dan khidmat AI di Malaysia.
Aturan ini menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sekaligus menjadi satu langkah besar dalam pengembangan operasi mereka selama 36 tahun di Malaysia.
Adanya perluasan pelaburan ini, ia secara langsung akan memperkasakan lagi aliran ekonomi negara dan memberi perluasan peluang kepada PKS negara untuk merancakkan lagi pertumbuhan negara.
Usaha ini juga penting, di mana ia seiring dengan matlamat Pelan Induk Perindustrian Baharu Malaysia dalam mewujudkan 3,000 kilang pintar menjelang 2030 dan menjadi destinasi utama Asia Tenggara pada pilihan pelaburan digital.