Hasil kesepakatan dalam meluaskan akses pelaburan, TNG Digital bersama Affin Hwang Investment dan Bursa Malaysia kini perkenalkan e-Trade iaitu ciri dagangan ekuiti pertama pada dompet digital TNG eWallet buat kemudahan pengguna.
Menerusi penambahan perkhidmatan di bawah segmen GOfinance ini, produk tersebut dibentuk dengan ringkas serta memudahkan pelabur untuk memantau portfolio mereka secara berkala. Selain akses pelaburan – ciri ini turut menyertakan pengetahuan bersama pengguna berhubung perdagangan pasaran ekuiti mengikut kesesuaian tahap pelaburan.
Tidak hanya itu pada pengenalan ciri ini, e-Trade turut menawarkan insentif seperti yuran pembukaan akaun Sistem Depositori Pusat (CDS) yang dikecualikan dan yuran pembrokeran yang dikurangkan sekitar RM3 bagi transaksi perdagangan pasaran ekuiti. Lebih menarik ini ciri ini turut laksana integrasi sumber pendidikan bersama MyBURSA.
Dengan usaha ini ia secara langsung dapat mengalakkan lagi kemasukan pelabur baharu pada pasaran semasa.