Artikel

Bayi Yang Lahir Pada 2024 – Dijangka Hidup Sehingga 75.2 Tahun

Ketika negara sedang bersedia ke arah memiliki populasi tua yang lebih tinggi – kini didapati bayi yang lahir pada 2024, dijangka memliki jangka hayat sehingga usia 75.2 tahun.

Pemerhatian Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), pada data Jangkaan Hayat 2024 yang dikongsikan hari ini – memperincikan seorang bayi lelaki yang lahir pada tahun ini berupaya hidup sehingga 73 tahun, sementara bayi perempuan pada tahun yang sama pula dijangka hidup sehingga 77.8 tahun.

Sementara mengikut had usia terpilih pula, DOSM menjelaskan lelaki yang berusia 15 tahun pada 2024 dijangka hidup selama 58.8 tahun, diikuti perempuan pula selama 63.4 tahun lagi.

Manakala taburan kumpulan berusia 60 tahun pada tahun ini pula berpotensi hidu selama 18.6 tahun lagi untuk lelaki dan perempuan pula selama 21.4 tahun lagi.

Pada taburan mengikut negeri pula, Selangor terus merekodkan jangkaan hayat ketika lahir tertinggi dengan selama 80.2 tahun, diikuti Kuala Penyu-Sabah pula dengan jangkaan hayat ketika lahir paling terendah iaitu selama 63.4 tahun pada 2024.