Artikel

DHL Express Akan Naik Caj Perkhidmatan Secara Purata 6.9% – Bermula 1 Januari 2025

DHL Express bermula awal tahun hadapan, akan melaksanakan peningkatan harga caj perkhidmatan mereka – di mana secara puaratanya 6.9%, pada 1 Januari 2025.

Aturan ini sekaligus akan melibatkan beberapa perkhidmatan serta surcaj akan diselaraskan bersama pengguna. Situasi ini berikutan bagi memastikan kualiti perkhidmatan DHL Express terus relevan bersama tekanan kos semasa.

Menerusi pelarasan baharu ini, ia turut akan membantu DHL untuk memperkukuhkan lagi matlamat operasi dan pengurusan operasi dan agenda kelestarian mereka. Bagi pengetahuan pengguna, aturan ini bukanlah kali pertama dilaksanakan DHL – awal tahun 2024, terdapat peningkatan caj secara purata 4.9% dilaksanakan ke atas pengguna.

Maka pada pembaharuan itu, semua pengguna boleh merujuk portal rasmi DHL Express Malaysia bagi mengetahui perubahan kos perkhidmatan yang terkesan.