Memasuki bulan Oktober ini, kumpulan yang memiliki lesen B1 dan B2 lebihi 10 tahun kelak layak memohon untuk beralih ke lesen B Penuh sepertimana yang dikuatkuasakan Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) pada awal Ogos lalu.
Mengikut perincian yang dikongsikan sebelum ini, peralihan status lesen tersebut akan melibatkan caj perkhidmatan sebanyak RM160 akan dikenakan kepada calon untuk menampung kos operasi di institut memandu (IM) termasuk latihan litar selama dua jam.
Tidak hanya itu, antara syarat yang melayakkan pemohon adalah pemilikan lesen B1 atau B2 perlulah secara aktif untuk 10 tahun tersebut.
Menerusi perluasan ini, ia secara langsung akan tahap kompetensi, pengalaman pemanduan kenderaan motosikal buat mana-mana individu sebelum beralih kepada motosikal berkuasa besar kelak.