Asia Digital Engineering (ADE), cabang perniagaan penyelenggaraan, pembaikan dan baik-pulih di bawah Capital A – kelak disasar akan menjadi unit pertama yang disenaraikan pada Bursa Malaysia.
Matlamat ini menurut Tony Fernandes selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), berpotensi menyaingi nilai syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia Bhd. Berdasarkan lanjutan, perancangan tersebut akan didasari beberapa faktor termasuklah pertumbuhan modal syarikat.
Tambahan untuk makluman umum, semua pemegang saham memiliki sasaran yang sama untuk langkah penyenaraian tersebut. Meskipun Capital A kekal dalam usaha untuk keluar daripada status PN17 namun pihak optimis akan aliran tunai untuk langkah lanjutan ADE kelak.