Bagi mengurangkan amalan rasuah di peringkat dalaman dan luaran melibatkan syarikat pembinaan di Malaysia – menjelang 2026 kelak, hanya syarikat yang miliki pensijilan Sistem Pengurusan Anti Rasuah ISO 37001 (ABMS) sahaja dibenarkan untuk membida projek kerajaan – yang bernilai lebih RM100 juta.
Penguatkuasaan itu menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), adalah tindak balas pihak berkuasa untuk menangani isu ketirisan dana dan rasuah pada segmen korporat. Maka dalam tempoh 2 tahun bermula tahun ini, syarikat yang terlibat perlu mendapatkan pensijilan ISO 37001 tersebut.
Setakat ini, syarikat pembinaan yang tidak memiliki kriteria tersebut masih dibenarkan untuk terlibat dalam sesi bidaan projek namun tidak pada tahun 2026 kelak. Makluman tersebut telah dikongsikan SPRM pada sidang Penyelidikan Governans, Integriti, dan AntiRasuah Peringkat Kebangsaan 2024.